Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi pihak berkuasa tempatan menggerakkan anggotanya untuk memudahkan usaha pendaftaran untuk vaksinasi di peringkat akar umbi.<br />Kata menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, selain membuka kaunter di pejabat, anggota penguatkuasa turut turun padang menemui mereka di lokaliti masing-masing.